Lelaki soleh idaman wanita

nur-kasih-the-movie-2011-dvdrip-xvid_20111217-11104657-copy

Assalamualaikum.Seperti yang kita boleh nampak pada zaman ini,memang sukar nak cari di mana lelaki soleh..ada yang kata kalau dia solat lima waktu dah cukup soleh.LELAKI YANG SOLEH bukan sahaja dia rajin ke masjid,mendengar ceramah dan tazkirah,mendirikan solat lima waktu dan bertanggungjawab juga menyayangi ibu bapa.. …Tetapi lelaki soleh itu juga…

Lelaki yang menjaga kesuciannya,seperti perintah Allah SWT: “dan orang-orang yang tidak mampu bernikah,hendaklah menjaga kesucian dirinya,sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”(Surah an-Nur: 33) .Menjaga kesucian DENGAN CARA:-

1)      tidak akan memberi perhatian,cinta dan kasih sayangnya pada wanita yang tidak halal

2)      boleh membimbing ahli keluarga,para sahabat dan para wanita ke jalan ALLAH

3)      berlemah lembut,pemaaf dan berakhlak seperti sifat Rasulullah SAW

4)      mengerti bahawa CINTA SEBELUM NIKAH;(islamik atau tidak islamik) menyebabkan  zina anggota dan hati serta iman kita semua luntur lalu melakukan PERKARA YANG MENGHAMPIRI ZINA sikit demi sedikit.cth;berdua-duaan,tidak menundukkan pandangan,menyentuh dan seterusnya.
*info: ZINA HATI-membayangkan aurat wanita,membayangkan kemanisan bercinta tanpa ikatan sah dll

5)      menjaga batas pergaulannya,yang berhubung dengan perempuan HANYA UNTUK perkara-perkara kebaikan; menuntut ilmu, program-program kebajikan, jihad,jual beli,kerja, persatuan, pelajaran dan khidmat kaunseling seperti pesanan Ustazah Fatimah Syarha;

6)      “URUSAN adalah sesuatu yang APABILA KITA BENTANGKAN DEPAN ALLAH SWT, kita yakin kita mampu jawab DAN BERHUJAH DEPAN ALLAH BAHAWA IA ADALAH URUSAN, maka itulah yang dinamakan urusan. jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.”

7)   nur-kasih-the-movie-2011-dvdrip-xvid_20111217-11083378

8)      tidak berdua-duaan dan menyentuh perempuan ajnabi;
I. “sesungguhnya KEPALA YANG DITUSUK DENGAN BESI ITU LEBIH BAIK daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani Dan Baihaqi)”

9)      II. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka JANGAN DIA SEKALI-KALI DIA BERSENDIRIAN DENGAN SEORANG PEREMPUAN yang tidak bersama mahramnya,kerana yang ketiganya adalah syaitan.”(Hadis Riwayat Ahmad)

10)  tidak melihat aurat wanita dan menundukkan pandangan seperti perintah Allah kepada lelaki; “katakanlah Wahai Muhammad kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka MENYEKAT PANDANGAN MEREKA DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.”(Surah an-Nur: 30)

11)  *info: AURAT WANITA-menutup aurat bukan sekadar menutup kulit,TETAPI melindungi alur bentuk tubuh dari dilihat ajnabi dengan memakai pakaian yang tebal dan longgar,menutup dada dan hanya boleh mendedahkan muka dan tapak tangan.

12)  tidak menyebabkan wanita lalai dari menjadi hamba Allah yang baik.. “Apabila bertaut dua hati yang tidak halal , maka akan ada yang ketiga , yakni syaitan . Dia yang menjadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu indah . Syaitan mengaburi mata manusia dengan kemanisan hubungan yang tidak halal . Yang nampak bercahaya sedangkan manusia itu berjalan dalam kegelapan yang penuh duri . Itulah muslihat syaitan . Kita kena sentiasa ingatkan diri kita . Setiap manusia mempunyai kelemahan , mudah tergoda , lemah iman . Syaitan itu adalah musuh yang jelas . Maka , kita kena jauhi dari tipu muslihatnya . Dengan cara muhasabah diri , jangan lari dari cinta Allah dan Rasul . Kerana cinta itu bias menguatkan yang lemah , mengubati yang sakit , memberi cahaya kepada kegelapan . Cinta manusia tak kekal .Tahajudlah kepada ALLAH SWT .”

13)  hati dan lidahnya lurus seperti imannya(berani memperkatakan hak dan batil,yang benar dan salah,yang halal dan haram).Sabda Rasulullah SAW: “Iman seseorang tidak akan lurus sebelum hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus.”(Hadis Riwayat Ahmad)

14)  tidak lupa menjaga auratnya dari pusat hingga lutut dan tidak mendedahkan gambar sesiapa yang tidak menutup aurat di laman sosialnya

15)  tidak melakukan fitnah komunikasi dengan wanita ajnabi.cth: sms,facebooking,call,chatting tanpa urusan.

Kepentingan kewujudan lelaki soleh:

Ramai tak sedar bahawa kehadiran lelaki soleh amat penting dalam kehidupan zaman sekarang.Malah ada sesetengah lelaki merendah diri dan menganggap mereka tidak mampu jadi lelaki yang soleh.Siapa yang taknak lelaki soleh??even seteruk mana pun seorang perempuan,sehina mana pun dia..dia menanti dan berharap akan lelaki soleh yang dapat membimbingnya kembali pada jalan Allah SWT.Tak caya?Cuba tanya.Oleh kerana mereka sedar mereka tak akan jumpa lelaki yang sebegitu soleh dan sabar dalam membimbing,mereka kata mereka tak perlukan lelaki soleh lagipun hampir semua lelaki dah rosak imannya.Lelaki soleh penting untuk..:

1. Menjadi pemimpin Negara,bangsa,agama dan institusi kekeluargaan
2. Menjadi imam yang dapat membimbing wanita sama ada tua atau muda dan juga kanak
3. Penting untuk melahirkan zuriat dan generasi soleh dan solehah
4. Menjadi pelindung bagi yang memerlukan hak
5. Menjadi pendakwah dan pewaris agama Islam supaya Islam terus bangun dan kekal
6. Penyeru manusia lain untuk terus beriman dan beribadat kepada Allah SWT

Allah SWT menciptakan manusia dan jin bukan untuk suka-suka tetapi untuk beribadat kepadaNya.Hal ini terbukti dalam Al-Quran.Masih ada lagikah lelaki soleh yang sentiasa memperbaiki diri dan iman?Di mana?


Bukan sukar untuk menjadi lelaki yang soleh
Siapa kata lelaki biasa tak boleh dan tak layak jadi lelaki yang soleh?
Dengan Solat dan doa yang istiqamah juga PENINGKATAN IMAN dan ILMU ISLAM,sesiapa pun boleh jadi lelaki yang soleh.DORONGAN dan SOKONGAN dalam DAKWAH juga diperlukan.ORANG YANG MENDEKATI ISLAM MELALUI PINTU ILMU INSYAALLAH AKAN KEKAL KEISLAMANNYA DAN SUBUR KEIMANANNYA

Siapa kata tahap keimanan setakat ‘gitu-gitu’ saja cukup dan dikira ok? Sedangkan kita tahu hidup di dunia ini untuk mencari bekalan untuk hidup di akhirat.Ditegaskan sekali lagi bahawa diciptakan manusia oleh Allah untuk BERIBADAT bukan untuk suka-suka.Segala perbuatan baik atau jahat diberi balasan.Apa motif kita untuk hidup di dunia?Kan untuk mengejar syurga…walaupun kita tahu ia sukar dan mustahil.

Kesimpulannya;

Firman Allah SWT; “dan jangan kamu mengikuti kebanyakan manusia di muka bumi ini,pasti mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah).”(Surah al-An’am: 116)

sumber :wwwwww

Mujahadah Muhajirah Azra’

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

kontak online

”Status

calender

Februari 2013
S S R K J S M
« Jan   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  

Hours & Info

1-202-555-1212
Lunch: 11am - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm, Fri-Sat:5pm - 1am

Bergabunglah dengan 17 pengikut lainnya

Masukkan alamat surat elektronik Anda untuk mengikuti blog ini dan menerima pemberitahuan tentang tulisan baru melalui surat elektronik.

Bergabunglah dengan 17 pengikut lainnya

Blog Stats

  • 20,625 hits
my blog for the better person

menjadi wanita muslimah sejati yang taat pada Alloh dan RasulNYA

Dinasti

"jadikan sejarah sebagai tasyji' kehidupan"

mirzabrekele

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

catursugengh

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

Ismi 165

honesty is the soul jewelry diamond brighter than

shabrina97

always positive thinking

ictdm's Blog

Lab Komputer Darul Muttaqien

manzhiel

women's choice of ALLAH :)

irma is24

slalu tersenyum

Zeeta

Art is my life after Qur'an

amy0511

A great WordPress.com site

Girl Turma da Mônica Jovem

Just another WordPress.com site

blubup's blog

world of me

putri lia

serahkan semua kepada Allah

fauziahnurahmah

wanita solehah

%d blogger menyukai ini: